Thursday 10 May 2012

:: Langkah-langkah dan Strategi ::



  • Mempertingkatkan komitmen ummah terhadap ajaran Islam - keimanan dan keyakinan kepada ajaran Islam menjadi perisai utama dalam menangkis segala bentuk cabaran. Sama ada cabaran dalam bentuk pemikiran atau yang dirancang oleh musuh-musuh Islam 

  • Penguasaan ilmu pengatahuan dan teknologi – penguasaan ilmu pengetahuan merupakan langkah yang paling berkesan dalam menghadapi cabaran. Sejarah silam telah membuktikan bahawa kemajuan dan ketinggian tamadun akan dapat dicapai melalui kegigihan mempelajari, mengkaji dan menyelidik. Dengan cara menghadiri kuliah-kuliah untuk menambah kefahaman.






  • Membentuk perpaduan ummah - perpaduan umah perlu diutamakan demi menjaga keutuhan umat Islam dan mengelak daripada berlaku perpecahan dan berpuak-puak dalam masyarakat. Perpecahan akan memudahkan pihak musuh menghancurkan Islam. Sebagai contoh yang berlaku baru-baru ini perhimpunan Bersih 3.0 yang dianjurkan oleh pihak pembangkang yang boleh menggugat perpaduan kaum.



  • Peranan semua pihak - mungkin timbul persoalan siapakah yang sepatutnya berperanan? Dalam keadaan ini pihak pemerintah, ulama, gerakan-gerakan Islam dan seluruh umat Islam mesti bersatu tenaga dalam menyusun strategi untuk menangkis serangan jahat musuh Islam.